Februari 24, 2021

Kenali Statis Eczema, Cara Merawat Eczema @siskongsi

Apa itu statis eczema dan yang berisiko menghidapi penyakit statis eczema. 

Assalamualaikum Guys! Hari ini sis akan share tentang Statis Eczema yang mungkin ramai lagi tidak tahu pasal penyakit ini. 

Stasis Ekzema

Apakah itu stasis eczema?

Stasis eczema sering terjadi di bahagian kaki. Ia boleh melibatkan sebelah, atau kedua-dua belah kaki. Kebiasaannya pesakit menghadapi masalah peredaran darah, dan salah satu sebab utama adalah injap di dalam salur darah di bahagian kaki tidak berfungsi dengan sempurna. Ini menyebabkan darah tidak dapat kembali ke jantung dengan baik, dan menyebabkan eczema terjadi. 

Siapakah berisiko menghidapi penyakit stasis eczema?

Jika anda mempunyai salah satu faktor di bawah dimana kaki sentiasa bengkak, anda berisiko tinggi untuk mendapat stasis eczema:

  • Umur 50 ke atas
  • Berat badan berlebihan/obes
  • Wanita
  • Kerap mengandung
  • Masalah peredaran darah (venous insufficiency)
  • Varicose veins (salur darah di kaki mengembang)
  • Sejarah darah beku di kaki (deep vein thrombosis)
  • Pembedahan di kawasan kaki yang melibatkan salur darah (contoh; pesakit yang menjalani rawatan pintas koronari)
  • Penyakit jantung (darah tidak dapat dipam dengan sempurna)
  • Darah tinggi
  • Ginjal tidak berfungsi
  • Individu yang sentiasa duduk atau berdiri sepanjang masa (contoh: semasa waktu bekerja)
  • Kurang bersenam
Bagaimana untuk mengurangkan risiko menghidapi penyakit stasis eczema?

Aktiviti senaman boleh mengurangkan risiko mendapat stasis eczema. Senaman dan pergerakan kaki dapat melancarkan peredaran darah dan mengurangkan berat badan. Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk atau berdiri sepanjang masa, cari waktu untuk melakukan aktiviti senaman ringkas setiap 2-3 jam. Penggunaan stoking khas yang ketat (compression stocking) dapat membantu mengurangkan bengkak di kaki, dan melancarkan peredaran darah.

Apakah tanda-tanda penyakit stasis eczema?

Stasis eczema sering terjadi di bahagian kaki. Pesakit akan menghadapi gejala-gejala seperti dibawah, bergantung kepada tahap penyakit.

Simptom-simptom awal:

  • Sakit kaki jika berdiri atau berjalan terlalu lama
  • Bengkak di bahagian buku lali
  • Bengkak di kaki hilang semasa tidur, tetapi kembali di siang hari
  • Varicose veins (salur darah di bahagian kaki bengkak dan kelihatan di permukaan kulit)
  • Kulit di sekitar kaki dan betis kering, gatal, sakit dan kemerah-merahan
Tanda-tanda stasis eczema:

Selain daripada tanda-tanda di atas, pesakit juga boleh mengalami:

  • Kulit di bahagian kaki yang terlibat menjadi keras dan menggerutu selepas jangkamasa yang panjang
  • Perubahan warna kulit di kawasan kaki yang terlibat, samaada kehitaman atau putih
  • Pesakit yang menghidapi penyakit stasis eczema boleh mendapat alahan kepada ubat-ubatan yang disapu. Ini dipanggil contact dermatitis.

  • Jika kawasan yang terlibat dengan eczema digaru, jangkitan kuman boleh berlaku. Kaki akan semakin membengkak dan merah, dan jangkitan ini dipanggil celulitis.

Apakah rawatan stasis eczema?

  • Untuk mengurangkan bengkak di kaki dan melancarkan peredaran darah, pesakit disarankan memakai stokin khas yang ketat (compression stocking) di waktu siang. Masalah bengkak kaki juga dapat dikurangkan dengan meletakkan kaki ke atas sewaktu sedang duduk atau tidur (paras kaki lebih tinggi dari kedudukan jantung).

  • Eczema di kaki juga dapat dirawat dengan menggunakan krim pelembab dan krim steroid. Adalah penting untuk menggunakan krim pelembab yang tidak mengandungi pewangi atau pengawet yang boleh menyebabkan eczema semakin teruk (contact dermatitis) kepada mereka yang berisiko. Jika kulit terlampau gatal, ubat anti-histamine boleh diambil untuk mengurangkan tahap kegatalan. Pesakit dinasihatkan supaya tidak menggaru kawasan yang terlibat untuk mengelakkan jangkitan kuman.

  • Jika terdapat tanda-tanda jangkitan kuman (celulitis), seperti kaki semakin membengkak dan semakin merah, ubat antibiotik akan diberikan oleh doktor.

  • Luka (ulcer) perlu dirawat dengan teliti, menggunakan alat-alat pencuci luka yang sesuai.

  • Bagi pesakit yang menghidapi ‘varicose vein’ (salur darah di bahagian kaki bengkak dan kelihatan di permukaan kulit), doktor akan menyarankan supaya pembedahan untuk membuang salur darah tersebut dilakukan. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala-gejala stasis eczema.

Apakah yang boleh dilakukan oleh pesakit untuk mengurangkan gejala-gejala penyakit stasis eczema?

  1. Meletakkan kaki di paras yang lebih tinggi dari jantung disarankan selama 15 minit, setiap 2 jam.
  2. Jika pekerjaan anda memerlukan banyak duduk atau berdiri, sentiasa cari masa untuk berjalan selama lebih kurang 10 minit setiap 2 jam
  3. Banyakkan bersenam
  4. Pakaian yang sesuai – longgar dan diperbuat daripada kain kapas
  5. Baju atau seluar yang ketat boleh menyukarkan peredaran darah
  6. Memakai stoking khas yang ketat (compression stocking) sepanjang hari. Ini boleh membantu melancarkan peredaran darah
  7. Stokin boleh dibuka semasa pesakit tidur
  8. Menggunakan krim-krim seperti yang disarankan oleh doktor
  9. Pastikan kulit tidak kering dengan menyapu krim pelembab
  10. Jangan garu bahagian kulit yang menghidapi eczema – ini boleh menyebabkan kulit luka dan jangkitan kuman berlaku. 




Sumber : http://www.myhealth.gov.my/stasis-ekzema/

Februari 21, 2021

Maksud Blog dan Kebaikannya @siskongsii

Apakah maksud blog bagi anda? Definisi dan fungsi juga kepentingannya. 


Setiap anda pasti pernah mendengar tentang Blog, Blogger, Blogging ataupun Blogspot kan. Mari kita belajar fahami apa itu Blog.


APA ITU BLOG ?

Blog adalah salah satu platform yang bertujuan untuk membuat website sama ada blog peribadi diri sendiri ataupun untuk kegunaan bisnes. Dalam blog tersebut, mempunyai artikel yang ditulis oleh Blogger-Blogger mengenai apa sahaja yang disukainya. Contohnya, menceritakan tentang kisah hidup, review sesuatu produk, berkongsi tentang sesuatu ilmu ataupun mempromosi jualan. Menurut Merriam Webster, maksud pertama ialah blog adalah laman web yang mengandungi refleksi peribadi, komen, dan sering pautan, video, dan gambar yang disediakan oleh penulis dengan kata lain kandungan laman web sedemikian. Maksud yang kedua ialah ciri biasa yang muncul sebagai sebahagian daripada penerbitan dalam talian yang biasanya berkaitan dengan topic tertentu dan terdiri daripada artikel dan komen peribadi oleh satu atau lebih pengarang blog teknologi.


APA ITU  BLOGGER ?

Blogger adalah seseorang yang membuat blog ataupun menulis blog. (Blog maker)


APA ITU BLOGGING ?

Blogging adalah kata kerja yang menerangkan apa yang sedang dibuat oleh seseorang blogger.


APA ITU BLOGSPOT ?

Blogspot adalah aplikasi untuk membuat blog. Blogspot boleh didownload melalui Playstore dan boleh juga melayari laman web Blogspot.com.


CARA MEMBUAT BLOG :

Mencipta blog ataupun website adalah perkara paling mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja. Buat Blog Mudah

Tetapi sebelum mencipta blog, kita perlu ada akaun E-mel sendiri. Cara buat akaun Email


FUNGSI DAN KEBAIKAN BLOG :

Fungsi blog adalah bertujuan untuk menerangkan atau memberi perkongsian tentang artikel mengenai kehidupan seseorang, memberi ulasan tentang sesuatu produk yang pernah digunakan (review), berkongsi tentang cara-cara buat duit dan berkongsi tentang berita semasa dan politik . Selain itu, fungsi blog juga adalah untuk mempromosikan sesuatu barang jualan agar barang jualan tersebut dikenalramai.


Kebaikan blog adalah :

1.       Dapat belajar benda baharu


2.       Meningkatkan cara penulisan anda


3.       Dapat berkomunikasi dengan semua orang


4.       Dapat menjadikan diri anda seorang penulis


5.       Anda akan menerima tawaran pekerjaan


6.       Dapat memulakan sesuatu bisnes


7.       Dapat menjual lebih banyak produk


8.       Dapat feedback atau komen tentang konten kita


9.       Dapat membuat lebih banyak blog


10.   Dapat menghasilkan duit dengan mengaktifkan iklan melalui google adsense.

Apa tunggu lagi? Jom buat blog bersama !

Februari 20, 2021

Kenali Jenis Kulit Wajah Anda - @siskongsi





Setiap kita tidak kiralah lelaki atau perempuan pasti mengimpikan wajah kulit yang bersih, sihat, lembut dan cantik. Ini disebabkan peratus pembelian produk kecantikan atau pemutih muka adalah yang tertinggi disaat ini.


Tetapi sebelum anda membeli sesuatu produk, adakah anda tahu jenis kulit wajah anda? Atau adakah anda tahu bahawa produk mana yang sesuai dengan anda? Jangan risau, mari kita belajar tentang jenis kulit wajah kita.

1. Kulit normal/Normal skin

Minyak dan kelembapan yang seimbang dan normal pada kulit. Walaupun zon-T kelihatan lebih berminyak, kulit anda hanya menghasilkan jumlah minyak yang tepat. kulit anda tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak. Dengan maksud kata yang lain, kulit anda seimbang.


2. Kulit kering/Dry Skin

Kulit yang retak, gatal, dan bersisik. Kulit secara semula jadi mungkin kering, tetapi mungkin juga dipengaruhi oleh keadaan kulit, alergi, kelembapan rendah di udara dan suhu sejuk.


3. Kulit kering/hidrasi/Dehydrated skin 

Lebih seperti keadaan kulit daripada jenis kulit. kulit yang lembap bermaksud lapisan kulit paling atas (stratum corneum) kekurangan kelembapan. rasanya kering, kasar, dan kering tetapi juga berminyak kerana kekurangan kelembapan.


4. Kulit gabungan/Combination skin

Kulit anda berminyak di dahi, dagu dan hidung (kawasan T-zone) tetapi kering di pipi dan bahagian muka yang lain. kulit kombinasi disebabkan oleh pengeluaran berminyak yang berlebihan di beberapa kawasan, sementara bahagian kering mempunyai kelenjar minyak yang lebih sedikit dan kelembapan yang lebih sedikit.


5. Kulit berminyak/Oily skin

Kulit berminyak adalah kulit yang kelihatan tebal dan pucat. ia kelihatan berkilat dan / atau berminyak dengan liang pori yang besar, dan mungkin terdedah kepada jerawat dan noda. Bahagian wajah anda mungkin lebih berminyak daripada yang lain, biasanya di kawasan zon t (dahi, hidung, dan dagu). 


6. Kulit sensitif/Sensitive skin

Kulit sensitif adalah kulit yang cepat mengalami kerengsaan, reaksi alergi, atau kemerahan yang mungkin disebabkan oleh produk yang bersentuhan dengannya. Kulit sensitif juga cenderung memerah atau memerah dengan mudah kerana hujung saraf mungkin tidak mempunyai lapisan pelindung untuk menyokongnya. Kulit sensitif juga mungkin disebabkan faktor genetik dari ibu atau ayah.  


Kini anda sudah tahu jenis-jenis kulit wajah anda. Mungkin ada sesetengah yang mempunyai kulit wajah yang sensitif, begitu juga dengan saya. Memiliki kulit wajah yang sensitif mungkin agak "stress" juga disebabkan setiap kali keluar rumah atau berpeluh, kulit wajah kita pasti akan kemerahan dan kegatalan. 


Semoga bermanfaat😀 Sekian, Terima kasih. 


Lirik Lagu Mazhab Cinta by Tarbiah Sentap Records @siskongsi



Lirik & Lagu: Akmal Mustafa
Penerbit : Akmal Mustafa & Ustaz Adnin
Susunan Muzik: Iris Tan & Ida Liew
Pemain gitar: Haw Vee
Mixing & Mastering: Amin Nordin
Arahan Muzik Video: Aidil Azhar
Pereka Grafik: Azeem Razali
TARBIAH SENTAP RECORDS
.


MAZHAB CINTA
Alkisah sebuah gunung bernama Uhud
Didaki Rasul dan 3 pengikut
Bergegar Uhud lantaran rindu
Ditenteram Rasul menenangkan rindu
Alkisah di perkebunan merintih si unta
Dibebani kerja sedikit makanannya
Dikucup kaki Rasul yang mulia
Dibelai Rasul keluhan unta didengar
Hebatnya manifestasi cinta alam
Tiada pohon batu dan pergunungan
Yang dilalui baginda tanpa salam
Kerana dia sebaik ciptaan
Dia hadir mengajarkan mazhab cinta
Hingga makhluk lain turut merasa
Hanya kerana cinta pada baginda
Dijanjikan syurga dan bersamanya
Hingga Uhud dijanji syurga
Rasul turut mencintainya
Alkisah pohon tamar yang kekeringan
Dahulunya mimbar namun ditinggalkan
Menangis rindu rintih bak si bayi
Ditenangkan Rasul lantas didakapi
Walau cinta umat taruh di neraca
Pasti cintanya lebih dari segalanya
Demi umat darah dan tangis mencurah
Biarpun berabad lama terpisah
Kadang wajahnya gelisah ribut melanda
Bimbang umat dihentam azab seksa
Kadang gusar baginda umat berlapar
Namun rumahnya sering tak punya apa
Dia hadir mengajarkan mazhab cinta
Hingga makhluk lain turut merasa
Hanya kerana cinta pada baginda
Dijanjikan syurga dan bersamanya
Kadang wajahnya gelisah ribut melanda
Bimbang umat dihentam azab seksa
Kadang gusar baginda umat berlapar
Namun rumahnya sering tak punya apa
Walau tika hujung nyawanya
Resah memikirkan umatnya
Kerana sebegitu hebat cintanya
Layakkah ku jadi umatnya?
Layakkah aku kan bersamanya?



Dengar lagu mazhab cinta di Youtube : https://youtu.be/hri2usETW4k 


Translate to English

Tutorial Buat Blog Mudah @siskongsi

Tutorial buat blog dengan mudah dan cepat. 


Bagi yang sudah tahu, mungkin senang bagi anda. Tetapi kepada yang newbie tu maybe tidak berapa tahu cara membuat blog. So, jom belajar buat blog dengan siskongsi. 




Untuk pengetahuan anda, Blog sebenarnya mempunyai banyak saudara kembar.  Contohnya, Blogspot, Wordpress, Wix dan sebagainya. Dan sis akan guna Blogspot sebagai Blog yang sis akan ajar hari ini. 


1. Pertama sekali anda buat dahulu akaun emel anda ataupun akaun google dan sign up. Selepas selesai buat akaun emel, anda download aplikasi blogger atau search di google blogspot.com. (faham?) 

2. Seterusnya blog akan suruh anda buat nama anda sendiri. Nama ni akan ada di atas blog anda. Bolehlah pilih nama yang anda sukai. Then tekan next.


3. Yang ini pula adalah web address kamu. Contohnya, Sicantik.blogspot.com. Macam sis, siskongsii.blogspot.com hah comel kan. Sebenarnya, kita boleh tukar website kita dari siskongsii.blogspot.com ke siskongsii.com. (tapi tak cukup bajet nak beli domain) domain nama ni boleh beli sekiranya anda cukup bajet (haahah) Mengerti tak? 




4. Seterusnya, letaklah nama yang anda sukai. Contoh seperti dibawah ini. Then tekan finish.



5. Finally! tahniah! anda kini memiliki blog yang ada ingini. Anda boleh edit theme blog dengan tekan Themes tersebut, dan jika anda ingin melihat blog anda, anda boleh tekan view blog. Untuk mengubah bahasa, masa, meta tags, edit profile anda boleh tekan setting. Kegunaan Layout adalah untuk anda edit header, footer, letak java script, dan sebagainya. 

 


Done membebel cara buat blog. (tangan menaip, hati yang berbicara, ehh) okehlah. Semoga bermanfaat dan maaf sekiranya terlalu banyak point dan yang tidak faham. Semoga hari anda sentiasa ceria! 






Puasa 2021 - Jom Belajar Bab Puasa (part 2) @siskongsi

Puasa 2021-Jom Belajar Bab Puasa (Part2) @siskongsi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


A. TINGKATAN PUASA

Imam al-Ghazali membahagikan kepada tiga tingkat : 


  • PUASA UMUM 

Puasa kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut daripada makan, minum dan menahan keinginan berjimak.


  • PUASA ISTIMEWA

(Puasa Khusus) Puasa yang dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara-perkara di atas.


  •  PUASA PALING ISTIMEWA

(Puasa Khusus al-Khusus) Merangkumi puasa umum dan puasa istimewa. Disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan lahir dan batin. Inilah puasa tertinggi kedudukannya di sisi Allah SWT dan merupakan amalan puasa para rasul, nabi, para sahabat, para wali dan golongan ahli ibadah lain.


B. MEREKA YANG DIBENAR MENINGGALKAN PUASA

  1. Orang yang hilang daya upaya untuk berpuasa seperti sakit perut dan sakit kepala yang serius serta jenis-jenis penyakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran. 
  2. Orang musafir dalam perjalanan yang membolehkan qasar(memendekkan rakaat) solat.
  3. Orang yang terlalu tua dan amat lemah untuk berpuasa.
  4. Orang yang tersangat lapar dan dahaga sehingga  kalau diteruskan akan mendatangkan mudarat umpamanya ia bekerja berat di tengah atau sebagainya.
  5. Perempuan hamil atau menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri sendiri atau anak yang disusui itu.



C. QADA DAN FIDYAH PUASA

Hukum qada puasa atau menggantikan puasa Ramadhan ini perlu dibuat mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan.


D. GOLONGAN YANG WAJIB QADA PUASA

  1. Orang sakit yang ada harapan sembuh.
  2. Orang yang bermusafir (bukan kerana maksiat) melebihi dua marhalah.
  3. Orang yang kedatangan haid dan nifas.
  4. Orang yang meninggalkan puasa.
  5. Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
  6. Orang yang pitam/mabuk sewaktu bulan Ramadhan.
  7. Orang yang sangat lapar dan dahaga yang tidak membolehkannya berpuasa Ramadhan.
Fidyah Puasa



E. MEREKA YANG DIKENAKAN MEMBAYAR FIDYAH PUASA ANTARANYA TERMASUKLAH :

  1. Mereka yang tidak dapat mengqada puasa sehingga masuk Ramadhan kali kedua (Fidyahnya 1 cupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan di samping mengqada puasa) bagi setahun tertinggal. Kalau tidak diqada sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari(tiada tambahan)
  2. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh.
  3. Orang yang terlalu tua dan tidak terdaya berpuasa. 
  4. Orang yang ada qada puasa tetapi meninggal dunia. Sebelum sempat berbuat demikian. (Fidyah dibuat oleh kerabat si mati atau diambil daripada harta pusakanya).
  5. Perempuan yang mengandung dan perempuan yang menyusukan anaknya perlu mengqada puasa dan membayar fidyah secupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya, tetapi sekiranya dia takut mudarat pada dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya. 


F. KIFARAT BERSETUBUH DI BULAN RAMADHAN

Orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadhan, maka kedua-dua suami isteri tersebut perlu mengqada puasa berkenaan dan suami wajib membayar kifarat(denda) seperti : 

  1. Memerdekakan seorang hamba Mukmin lelaki atau perempuan, (sekiranya tidak mampu)
  2. Berpuasa dua bulan berturut-turut tanpa terputus(kalau tidak berdaya)
  3. Memberi makan kepada 60  kafir/miskin.

Bagaimanapun jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya atau dipaksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat.


G. PUASA HARAM

  1. Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal.
  2. Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah.
  3. Tiga hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
  4. Hari Syak iaitu hari yang diragui antara 30  Syaaban atau sudah masuk 1 Ramadhan.


H. PUASA SUNAT

  1. Puasa sunat enam hari (puasa enam) pada bulan Syawal khususnya selepas Aidilfitri (berturut-turut enam hari adalah lebih afdal).
  2. Hari isnin dan Khamis setiap minggu.
  3. Puasa hari Asyura (10 Muharam).
  4. Puasa 9 Zulhijjah (sempena wuquf di Arafah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji pada tahun itu.
  5. Puasa hari 13, 14, dan 1t setiap bulan.
  6. Puasa hari 28, 29, dan 30 setiap bulan.
  7. Puasa Nisfu Syaaban (15 Syaaban).


I. PUASA MAKRUH

  1. Puasa hari jumaat secara berasingan. Contohnya, tidak didahului oleh puasa hari Khamis sebelumnya atau Sabtu sesudahnya.
  2. Puasa 15 sehingga 30 Syaaban bagi bukan qada atau puasa sunat yang tidak pernah dilakukan sebelum 15 Syaaban tiba-tiba sampai 15, 16, 17 dan seterusnya ia ingin berpuasa sunat.
  3. Berpuasa terus menerus sepanjang tahun.


J. PERMASALAHAN PUASA

  1. Perempuan yang ingin berpuasa sunat perlulah meminta izin daripada suaminya terlebih dahulu.
  2. Jika isteri yang sedang berpuasa sunat diminta memenuhi kehendak syahwat suaminya perlulah ia menghentikan puasa tersebut kerana mematuhi kehendakbdan perintah suami adalah wajib.
  3. Persetubuhan pada waktu mengerjakan puasa sunat tidak perlu kepada penggantian puasa dan kifarat(denda) sebaimana puasa pada bulan Ramadhan.

K. ADAB-ADAB BERPUASA

  1. Menjauhkan diri daripada perkara-perkara maksiat seperti mengumpat, memfitnah, mengeji, mencela serta mengeluarkan kata-kata kesat.
  2. Mengelakkan dan menjauhkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
  3. Menahan diri daripada mengikut kehendak nafsu.
  4. Bersederhana ketika berbuka dan makan sahur atau dalam erti kata lain mengambil makanan dalam kuantiti yang sederhana.
  5. Mengurangkan tidur terutamanya pada waktu siang. 
  6. Hendaklah sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik seperti membaca al-Quran dan berzikir.
  7. Berazam untuk menjadikan ibadat puasa yang dilakukan itu merupakan sebaik-baik ibadat dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
  8. Sentiasa berfikir hikmah di sebalik melakukan ibadat puasa.

Semoga Bermanfaat!😊

Sumber : Buku Indahnya Hidup Bersyariat Oleh Dato' Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab.Hamid

Februari 19, 2021

Tutorial Buat Akaun Google/E-mail @siskongsi

Cara-cara buat akaun google ataupun e-mail dengan cepat dan mudah. Nantikan perkongsian dari @siskongsi Tutorial Buat blog dengan mudah dan cepat. 

 

Holaaa! Hari ini sis akan kongsikan Tutorial buat akaun google atau akaun e-mail dengan cepat dan mudah. 


1. First of all, anda perlu pergi ke aplikasi gmail/e-mail anda dan click add another account. 


2. Akan muncul page seperti di bawah ini. Anda hanya perlu tekan Google sahaja.


3. Selepas itu, click "Create account" dan akan ada 2 pilihan iaitu buat akaun untuk diri sendiri ataupun untuk bisnes. Anda click "for myself". 


4. Letak nama yang anda inginkan di "First name" dan "Last name". Tekan next.
5. Seterusnya, google akan minta anda nyatakan tarikh lahir anda dan juga jantina anda. Terpulang anda jika tidak ingin menyatakan jantina anda.



6. Pilih lah nama account google yang anda inginkan. Anda boleh create sendiri nama account. 


7. Google akan minta pula password anda. Anda perlu berikan password yang senang anda ingat dan kuat. Contohnya, "Sisk0ngsi.", password tersebut perlulah mixkan nombor, simbol dan perkataan/abjad. 


8. Seterusnya, akan jadi seperti ini. Anda hanya perlu tekan next sahaja.



9. Sila tekan "i agree". 


10. Yeah! account anda berjaya dibuat! Tahniah!


11. Sekiranya anda ingin edit photo, edit setting anda perlu tekan gambar anda dan akan muncul seperti di bawah.




Itu sahaja dari @sisKongsi. Semoga bermanfaat! dan jangan lupa share, subscribe blog @siskongsi ini. Semoga hari-hari anda sentiasa ceria!😁

Kenali Statis Eczema, Cara Merawat Eczema @siskongsi

Apa itu statis eczema dan yang berisiko menghidapi penyakit statis eczema.  Assalamualaikum Guys! Hari ini sis akan share tentang Statis Ecz...